Tuesday 19 April 2016

Memorandum Penoreh dan Pesawah Ke Parlimen 5 April 2016

MEMORANDUM PENOREH GETAH SEMPENA HIMPUNAN PRIHATIN UNTUKMU PENOREH

2 APRIL 2016, SIK KEDAH



Kami telah mendengar berulang kali kerajaan mengumumkan pelbagai janji untuk mengambil langkah dan inisiatif bagi memperbaiki harga getah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kami telah berhimpun pada 5 April 2014 di Baling Kedah untuk menyuarakan Deklarasi Baling 2.0 yang mengandungi 10 tuntutan seperti yang di lampirkan.

Berikutan deklarasi itu, Ketua Pengarah LGM menyuarakan keyakinan tentang undang-undang baru akan digunakan untuk penetapan harga harian getah sekerap, namun harga tidak bertambah baik, malah semakin menjunam daripada RM2.50 sekilo (2014) hingga serendah RM1.70 sekilo pada tahun ini.(2016).

Kos kehidupan yang semakin meningkat sementara harga getah pula semakin rendah telah menjerumuskan penoreh dan pekebun kecil dalam situasi kesempitan yang meruncing, mengheret penoreh ke perangkap berhutang dan hilang daya saing.

Keperluan pendidikan, makanan asas, nutrisi, perubatan keluarga telah merosot malahan kegiatan sektor ekonomi lain terjejas dengan teruk. Pertanian dalam sector getah bukan lagi bisnes, sebaliknya berubah menjadi pemerasan terhormat oleh pengilang, traders dan pengawal industri serta agensi kerajaan yang berkaitan kerana penoreh dan pekebun sudah tiada pilihan.

Sempena Himpunan Prihatin Untukmu Penoreh pada 2 April 2016, kami para penoreh ingin mempertegaskan semula Deklarasi Baling 2.0 bertarikh 5 April 2014, dan menuntut perkara berikut dilaksanakan segera:



1. Mendedahkan harga kontrak komoditi getah seperti harga komoditi lain (minyak sawit mentah, emas, arang batu, kopi, dan lain-lain) yang menjadi asas penetapan harga di pasaran dan di ladang. Menyembunyikan harga ini membuka ruang manipulasi pengilang dan trader.

2. Kerajaan segera memperuntukkan dana khas negara berjumlah RM1.6 bilion untuk membantu melaksanakan skim harga lantai pada RM4 sekilogram. Jumlah itu tidaklah terlalu besar jika dibandingkan dengan jumlah penerima manfaat seramai 590,000 keluarga.



3. Kerajaan membatalkan sekatan eksport kayu getah bergergaji yang dikenakan oleh Malaysian Timber Industry Board (MTIC) untuk melonjak sektor tersebut menjadi sumber pendapatan pekebun selepas 15-20 tahun pokok getah ditoreh untuk susu. Pemintaan yang tinggi terhadap kayu getah bergergaji di pasaran dunia (600,000 meter padu) sewajarnya tidak hanya menjadi sumber kekayaan tauke-tauke industri perabut tempatan sahaja. Buka ruang kepada pekebun untuk menjalankan bisnes kayu getah jika kerajaan sudah tidak mampu lagi menangani harga getah sekerap. Melindungi bisnes pengusaha perabut yang berasaskan kayu getah telah menafikan peluang  pemilik kebun untuk memanfaatkan sumber yang mereka miliki. Sekatan eksport kayu hanya selari dengan harga getah sekerap yang munasabah.

4. Reformasi Agensi-agensi berkaitan getah dan sistem penetapan harga getah secara menyeluruh. Kerajaan tidak boleh memelihara kepentingan pengilang dan rantaian trader getah sahaja. Rakyat perlukan  pembelaan segera sebelum keadaan menjadi lebih parah.

5. Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dengan dana RM200 juta bukan penyelesaian harga getah. Ia dilihat sebagai  gulu-gula pemanis mulut pihak kerajaan. Tambahan 10 sen hingga 40 sen sekilo untuk menjadikan harga sekerap RM2.20 tidak akan mengeluarkan penoreh daripada lubang kesempitan. Sehingga kini belum ada seorangpun penoreh yang menerima tuntutan IPG sejak 3 bulan lalu. IPG tahun 2015 dengan dana RM100 juta jugak langsung tidak terusik.

6. Pemberhentian sementara kutipan cukai ses (14 sen sekilo) yang diumumkan minggu lepas harus dipastikan sampai manfaatnya kepada penoreh dan pekebun. Jika harga tidak meningkat, pengumuman itu hanya satu pengumuman yang tiada makna.



Kami memohon, pihak kerajaan segera menimbangkan tuntutan dan saranan kami, seluruh warga penoreh dan pekebun kecil seluruh negara. Kami akan terus berhimpun, dalam skala yang lebih besar dan lebih kerap sehingga nasib kami mendapat pembelaan sewajarnya.



PESERTA HIMPUNAN PRIHATIN UNTUKMU PENOREH

2 APRIL 2016

SIK KEDAH DARUL AMAN.









LAMPIRAN

Deklarasi Baling 2014 sempena Himpunan Derita Rakyat 2.0



Selepas empat dekad berlalu, tatkala kerajaan gah melaungkan slogan kejayaan, berbangga tentang pantasnya kemajuan dan pesatnya pembangunan, rakyat sebenarnya kian terhimpit dan tertekan.

• Empat puluh tahun lalu, bumi Baling ini telah memahat sejarah, membuka mata tentang keperitan derita rakyat, sengsara dihiris kemiskinan.

• Selepas empat dekad berlalu, tatkala kerajaan gah melaungkan slogan-slogan kejayaan, berbangga tentang pantasnya kemajuan dan pesatnya pembangunan, rakyat sebenarnya kian terhimpit dan tertekan.

• Derita rakyat makin parah dengan lonjakan kos sara hidup, peningkatan memuncak harga keperluan asas, bebanan kenaikan tarif elektrik dan bekalan air, saban tahun semakin berat.

• Tidak memadai dengan pengurangan subsidi, rampasan royalti, kenaikan kos insuran, pengangkutan, perubatan dan pendidikan tinggi, rakyat dipaksa berkorban lagi dengan kemunculan GST.

• Semua ini menambah sengsara, khususnya golongan penoreh dan pekebun kecil getah yang sedang terjerumus dalam kesukaran yang tiada kesudahan, akibat pendapatan mereka tidak lagi dapat menampung kos kehidupan harian.

• Kesejahteraan rakyat terus merosot apabila harga komoditi getah di ladang dibiarkan terus menjunam. Jurang pendapatan makin melebar antara penoreh dan pekebun kecil dengan pengilang, pemborong, dan syarikat-syarikat milik agensi yang bertanggunjawab menguruskan sektor ini;

• Tiada jaminan, tanpa rancangan pembelaan, manipulasi berleluasa, agensi dan syarikat menjadi super kaya, penoreh getah terus menerus sengsara.



MAKA, Peserta Himpunan Derita Rakyat 2.0, pada tanggal 5 April 2014, di Kupang, Baling Kedah Darul Aman, menegaskan bahawa:

1. Pembangunan Tanpa Kenaikan Kos.

Pembangunan negara tidak lagi berteraskan kenaikan kos sara hidup yang dipaksakan ke atas rakyat, sebaliknya wajib berasaskan pemimpin yang amanah, pengurusan bebas rasuah, peningkatan integriti, kecekapan agensi dan anti kebocoran dan keborosan.

2. Harga Lantai RM4.00/kg.

Penetapan harga lantai komodoti getah di ladang pada kadar RM4 sekilogram harus dilaksanakan segera. Kadar ini wajar kerana kos pengeluaran sebenar yang ditanggung oleh penoreh/pekebun kecil adalah sebanyak RM3.20 sekilogram.

3. Caj Kilang Dikawal Oleh Kerajaan.

Kos pengilangan getah yang terlalu tinggi tidak boleh ditanggung oleh pekebun kecil sepenuhnya, sebaliknya ditentukan dengan campurtangan kerajaan melalui pengawasan dan penguatkuasaan undang-undang. Kadar maksima caj pengilang sewajarnya tidak melebihi RM1.00/kg, dikongsi bersama oleh pengilang dan pengeluar.

4. Sukatan DRC Secara Saintifik.

Dried Rubber Content (DRC) harus ditentukan secara saintifik. Lembaga Getah Malaysia (LGM) wajib menguatkuasakan penggunaan tolok penyukat DRC untukmengelak manipulasi harga akibat penentuan kadar DRC berdasarkan andaian oleh peraih dan pengilang.

5. Hentikan Pemotongan Cukai Ses.

Pemotongan cukai ses, yang mengakibatkan pekebun kehilangan sebahagian pendapatan mereka wajar ditamatkan. Kos penyelididikan dan tanaman semula getah tidak boleh dibebankan kepada pekebun kecil melalui cukai ses, sebaliknya dana untuk tujuan ini diperuntukan daripada sumber lain.

6. Subsidi Tanaman Semula Getah.

Bantuan tanaman semula getah diberikan sebagai subsidi, seperti yang dinikmati oleh pesawah dan nelayan. Malahan subsidi telah lama dinikmati oleh banyak sektor lain termasuk sektor industri tenaga.

7. Subsidi Baja.

Selaras dengan kepentingan industri berasaskan komoditi getah, dan sumbangan besar sektor ini kepada pembangunan rakyat dan negara Malaysia, kerajaan wajar memberikan subsidi baja selama 25 tahun kepada semua pekebun kecil bagi memastikan produktiviti pokok getah dapat dikekalkan selama ia dapat memberikan pulangan kepada pekebun kecil.

8. Penentuan Harga Tidak Dikawal Spenuhnya Oleh Pengilang.

Mekanisme penentuan harga SMR20 tidak lagi hanya bergantung kepada tawaran harga pengilang-pengilang yang menganggotai Panel Penasihat Harga LGM, tetapi harus mengambiilkira kos dan kesan yang ditanggung oleh penoreh dan pekebun kecil.

9. Rombakan Besar-besaran Agensi.

Agensi-agensi yang dirubuhkan untuk menguruskan industri getah dan membantu pekebun kecil dan penoreh harus dirombak, kembali berfungis selari dengan matlamat penubuhannya. Agensi agensi kini telah dilihat lebih berorentasikan perniagaan dan keuntungan mereka sahaja.

10. Kepimpinan Baharu Pertubuhan Kebangsaan Pekebun Kecil Getah.

Pertubuhan dan persatuan yang mewakili pekebun dan penoreh tidak boleh dibiarkan menjadi lubuk meraih pengaruh, habuan dan kuasa politik. Kepimpinan yang ada kini telah menjadi berubah menjadi wakil pihak industri dan agensi, daripada fungsi sebenar menyuarakan tuntutan pekebun kecil.



Dimeterai di Himpunan Derita Rakyat 2.0, Baling Kedah Darul Aman

5 April 2014 / 5 Jamadil Akhir 1435

 



Sent from my Samsung device

4 comments:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  2. Memohon sekarang untuk pinjaman yang cepat dan berpatutan

    Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi, gadai janji, pinjaman kereta, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tidak bercagar, modal teroka, dsb. Atau anda telah ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan, Jangan risau, kami ada di sini untuk membuat impian anda menjadi kenyataan, firma pinjaman Fred Larry disahkan dan dijamin, Kami menawarkan pinjaman kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang berpatutan sebanyak 3%; bermula dari £ 500.000,00 hingga £ 500,000.000.000.00. datang dan terima kesaksianmu. Untuk maklumat lanjut, Hubungi Kami di (fredlarryloanfirm@gmail.com) atau (fredlarryloanfirm@hotmail.com)

    ReplyDelete
  3. Memohon sekarang untuk pinjaman yang cepat dan berpatutan

    Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi, gadai janji, pinjaman kereta, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tidak bercagar, modal teroka, dsb. Atau anda telah ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan, Jangan risau, kami ada di sini untuk membuat impian anda menjadi kenyataan, firma pinjaman Fred Larry disahkan dan dijamin, Kami menawarkan pinjaman kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang berpatutan sebanyak 3%; bermula dari £ 500.000,00 hingga £ 500,000.000.000.00. datang dan terima kesaksianmu. Untuk maklumat lanjut, Hubungi Kami di (fredlarryloanfirm@gmail.com) atau (fredlarryloanfirm@hotmail.com)

    ReplyDelete
  4. Suami saya dan saya mempunyai kredit yang sangat buruk apabila kita mendalam kepada ahli hukum kewangan sehingga sejauh mana kita memohon kebankrapan, kita mempunyai sedikit atau tidak ada wang untuk menghantar anak perempuan kita ke emily ke kolej yang kita tidak mampu. Kami mengawal pinjaman gaji (syarikat pinjaman), yang telah membantu orang seperti kita, mendapat perubahan gadai janji. Setiap syarikat yang dihubungi kami mahu bayaran sebelumnya $ 1,000 hingga $ 2,000 yang kami tidak mampu. Kerana kami fikir kami tidak mempunyai harapan memilih untuk menjual atau kehilangan rumah anda dengan menutupnya. Kemudian saya berjumpa dengan majalah tempatan dan penutupnya ialah Perbadanan Ikatan Pinjaman. Tiga langkah utama; 1. Anda menghantar permohonan elektronik. E-mel: albakerloanfirm@gmail.com 2. Sediakan cara pengenalpastian yang betul sama ada warga negara anda memegang kad pengenalan atau lesen memandu dan maklumat akaun bank anda. 3. Pinjaman diproses, diluluskan dan dihantar. Cerita panjang dipendekkan, mereka membantu mendapatkan pinjaman pada kadar tetap 4% dan diubahsuai dengan pembayaran yang disemak semula. Mereka juga memberikan pinjaman anak-anak perempuan mereka untuk menyelesaikan gaji penuh kolej saya. Kami bekerja dengan pinjaman Lasson, yang memberi amaran kepada kami tentang kemajuan seluruh dunia. dia melakukan semua dokumen, panggilan telefon, dll. Mereka melakukan semuanya dan kami mendapat pinjaman yang kami terima. Apabila saya bersetuju dengan terma pinjaman mereka dan saya menyerahkan butiran bank saya, saya membayar harga yang berpatutan untuk perkhidmatan ini. Kita tidak akan mampu untuk mendapatkannya semudah dan berpatutan kerana melalui proses transformasi mereka dengan pengetahuan kita. Saya tidak mempunyai masa untuk mengucapkan terima kasih, jadi TERIMA KASIH! Saya tidak dapat meminta pasukan yang lebih baik. Saya dikemas kini dengan pembiayaan semula. Terbaik untuk anda, gadai janji bergerak Jika anda mempunyai masalah seperti kami, hubungi syarikat penyelesaian pinjaman. Mereka boleh bekerja. Yang ikhlas, Timothy dan Maria mengadopsi pada 15 Mac 2018 di Columbus, GA

    ReplyDelete