Friday 23 August 2013

Dah Ramai Nak Beli, Tokey Tutup Kedai Pulak!!

Ramai pelajar Medic kena balik di zaman krisis di Mesir. Kerajaan Pusat kata nak beralih ke Rusia dan negara-negara lain yg kosnya tentu jauh lebih tinggi. Apa akan jadi kepada pelajar tanggungan sendiri? 

Fakulti Perubatan KUIN di mulakan dgn 23 pelajar dan fasiliti pengajian di fakulti ini memang disediakan dengan perbelanjaan besar, kos pengajian pun mahal, tapi tak semahal di Rusia atau negara-negara lain. Malah, pelajar kita kena mulai semula  dengan belajar bahasa.

Pada saat seperti ini, sayang sekali, Kuin swastakan pulak fakulti perubatannya kepada Mahsa College,  yang juga sebuah IPT swasta yang pasti berbeza dari byk sudut, termasuk menanggalkan falsafah Islam dalam melahirkan doktor yg dirancang di KUIN.

Saya berpendapat KUIN akan jadi opsyen terbaik pelajar medic yg terpaksa balik... Falsafah pendidikan utk melahirkan doktor-doktor di KUIN hampir sama dengan di Mesir - Doktor yang lahir dari acuan Islam- Dari 23 org pelajar mungkin boleh jadi 50-100 orang. Ada fakulti perubatan IPTA negara ini bermula dgn 17 org sahaja di awalnya, kini menjadi 'kilang doktor'

Demikian juga kursus-kursus baru yang lain, bermula dengan 5-6 orang bukan satu masalah besar bagi sebuah IPT yg sedang berkembang. Kata bekas Timbalan Rektor UIAM, ada kursus yang kami mulakan di UIAM dulunya, hanya dengan 5 pelajar, sekarang sudah sesak dan terpaksa dihadkan. Demikian KUIN, bertatih dahulu barulah berlari. Lama kelamaan dgn promosi dan kualiti yg baik, ia boleh berkembang.

Kalau dah dpt pemimpin dan pentadbir yang 'bukan ahli' dalam bab univerisiti, jadilah spt apa yg terjadi kpd KUIN di Era Mukhriz. Mau segera untung! Kesian!

3 comments:

  1. Mana untung buat Kulliyyah Perubatan. Mahal sgt yuran. Tak ada org nak masuk. Baik bg kat IPT lain la buat. Kita tumpu pengajian Islam saja. Dah ramai pelajar. Tak perlu nk susah2 buat promosi dan sebagainya. Baru la rileks kerja.

    Nah! Kini tempias pergolakan di Mesir kena pd kita. Kalau la kita teruskan Kulliyyah Medic ni, bukan setaka boleh tolong pelajar2 kita yg di Mesir, KUIN pun akan untung juga. Slow2 la. Mana ada org meniaga hari ni dengan modal 5juta, lg sebulan nak balik modal 5juta tu.

    Come on la rakyat KEDAH. Fikir la sikit.

    ReplyDelete
  2. Perkara neh dia ada pro dan kontranya.
    1) Untuk jangkamasa pendek (mungkin dalam 5-10 tahun dari penubuhan Kulliyyah Perubatan), kemudahan seperti fasiliti pembelajaran & penyelidikan (contohnya, bilik kelas, makmal yg khusus, dewan seminar, ruang diskusi dll) , tenaga pengajar & staf bukan akademik, sumber maklumat (cthnya, perpustakaan, bahan ilmiah/journal online (untuk makluman journal online neh berbayar bagi setiap journal), buku dll), asrama, peruntukan kewangan untuk pembangunan akademik & sukan, dan pengiktirafan program dr MQA/JPA atau badan professional haruslah disediakan terlebih dahulu, sekurang-kurangnya 60% dan sepatutnya mengikut enronment pelajar. Langkah ini penting supaya pelajar dari kemasukan yang awal tidak menjadi 'tikus makmal'. Penubuhan sesuatu fakulti haruslah difikirkan sedalam-dalamnya sebelum kemasukan pelajar (termasuklah ruang kerjaya).

    2) Dari jangkamasa panjang, memang tidak dinafikan penubuhan sesuatu fakulti akan menyumbang kepada ekonomi setempat dan menaikkan lagi taraf intelektual rakyat negeri tersebut. Kejayaan sesuatu fakulti itu bukanlah dinilai dengan 'balik modal kewangan' atau tidak, tetapi dengan kejayaan pelajar dalam menghadapi cabaran kerjaya dan menyumbang kepada negara setelah graduasi. Pulangan modal kepada negeri atau negara akan pulang dari segi KDNK (cukai dll)setelah pelajar tersebut bekerja.
    Sememangnya negara kita masih kekurangan sumber manusia dalam S&T. Penghantaran pelajar ke luar negara memang perlu untuk pemindahan ilmu dan budaya, tetapi pengeluaran pelajar di dalam negara juga haruslah ditekankan dan dimaksimumkan. Ya, sudah pasti untuk menjimatkan kos dan mempromosikan negara kita sebagai gedung ilmu.

    Mulakan dari segi kualiti dan kemudian baru kuantiti.
    Biar lambat asalkan berjaya dikemudian hari.

    Secara peribadi saya amat bersetuju dengan penubuhan Kulliyyah Perubatan di KUIN jika syarat-syaratnya dipenuhi.
    Sekadar pandangan.

    Zul Hilmi Saidin,
    Pelajar Sarjana Kejuruteraan Awam dengan Penyelidikan,
    UiTM Shah Alam.

    ReplyDelete
  3. Bkn faktor pelajar yg pentadbiran KUIN marahkan, gaji pensyarah perubatan tu ramai tak setuju sbb tinggi sangat, jauh berbeza ngan gaji pensyarah fakulti atau kuliyyah lain2. Abis nak wat camno, pensyarah perubatan asal profesional, mrk doktor, bila jadi ahli akademik, mestilah gaji lbh tinggi utk tarik mrk supaya minat mengajar kat IPT...

    ReplyDelete