Tuesday 19 April 2016

JIKA INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG) HANYA SEKUPANG

IPG - Insentif Pengeluaran Getah

Dalam bajet 2016 yang dibentangkan pada Oktober 2015, PM mengumumkan IPG akan teraktif apabila harga getah sekerap (50% DRC/kandungan getah kering) turun dibawah paras RM2.20 sekilo. Pada tahun sebelumnya, IPG teraktif pada kadar RM1.70 sekilo.

Saya menjangkakan dengan aktifnya IPG pada 2016, kerajaan akan memperuntukkan dana khas IPG itu supaya penoreh tetap menerima RM2.20 sekilo - RM1.70 semasa jualan sekerap dan RM0.50 sewaktu mengemukakan tuntutan IPG.

Hari ini harga getah di semua daerah di Kedah berada di bawah parad RM1.70 sekilo. Ada kawasan seperti di Sik dan Baling, cuma RM1.50 sekilo. Adakah IPG memperuntukkan RM0.70? Jawabnya TIDAK!!! Malahan...

Seorang penoreh perlu mengisi borang tuntutan IPG, dikemukakan bersama resit jualan getah, Kad Permit Authoriti Transaksi Getah (PAT-G) dan salinan geran kebun getah. Penoreh atau pemilik mestilah memiliki kebun kurang daripada 100 ekar (40 hektar).

Borang dan dokumen tersebut hendaklah dikemukakan di pejabat LGM terdekat dan IPG yang akan dibayar hanyalah RM0.10 sekilo.

Saya ulang!... SEKUPANG saja sekilo.

Tuntutan hanya boleh dibuat sekali dalam sebulan. Bermaksud, jika dalam tempoh sebulan, penoreh dapat penjual sekerap 4 kali, empat resit itu dikumpul dan dibawa ke LGM.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang mengendalikan IPG dan hal ehwal orang motong sekelian...

Bagi yang motong 5 relong kebun getah milik sendiri (120 pokok serelong), purata hasil sekerapnya sehari ialah 45 kilo sehari (13 pokok sekilo), kalau tidak ditimpa hujan. Purata hari tanpa hujan (hari boleh motong) hanyalah 15-18 hari sebulan - ambil maksimum 18 hari.

Orang kampung yang memiliki kebun getah seluas 5 relong hanya boleh dibilang dengan jari. Yang memiliki 100 ekar kebun getah, tak payahlah buang masa mencarinya...

5 relong- dalam tempoh sebulan hasil sekerapnya ialah 810 kilo. Pada kadar harga RM1.50 sekilo, pendapatannya sebulan ialah RM1,215. Jika kebun itu milik orang lain, pendapatan maksimum mereka ialah RM607.50.

Jika kebun getah milik sendiri hanya seluas 2.5 relong, hasilnya 405 kilo dan pendapatannya RM607.50, jika kebun sekangkang kera itu milik orang, pendapatan mereka hanya RM303.70... MAKSIMUM tanpa hujan berterusan, tanpa kecurian, tanpa keuzuran.

Pejabat LGM paling dekat tersergam di Sungai Petani. Dari Belantek, Kota Aur, Chepir, Sik, Charok Padang ke Sungai Petani kos minyak kenderaan RM50. Dengan motosikal lebih jimat, tapi terlalu jauh. Dengan bas atau teksi juga jimat tetapi memakan masa sehari.

Tuntutan IPG dalam sebulan untuk kebun 5 relong milik sendiri ialah RM81.00

Tuntutan IPG untuk kebun 5 relong milik orang lain ialah RM40.50 sebulan!

Tuntutan IPG untuk kebun 2.5 relong milik sendiri ialah RM40.50 sebulan!

Kalau kebun sekangkang kera itu milik orang...dapatlah IPG RM20.25 sebulan!

Dengan kos pergi balik dan masa, mereka sebetulnya tak dapat apa-apa daripada IPG, malahan tidak berbaloi sama sekali. Hanya kerajaan dapat menayangkan papan tanda 'keprihatinan' kepada orang motong yang tak dapat apa-apa. Sebetulnya IPG SEKUPANG tidak memberi sebarang makna.

Saya mencadangkan, Tuan-Tuan tinggalkan pejabat berhawa dingin itu barang seminggu dua dalam sebulan, merantau ke kampung di pedalaman, menemui mak ayah pak cik mak cik yang motong getah... uruskan IPG dan PAT-G mereka.

Stesenkan staff LGM di kedai sekerap atau tempat orang motong  bertemu pembeli sekerap di bangsal atau bawah pokok kabu. Walaupun tempat itu harum dan dingin, orang motong akan terasa nikmat SEKUPANG IPG itu dengan ketinggian budi dan jasa tuan-tuan. Sebulan sekali saja satu kampung.

Saya yakin, dengan kejauhan, kepayahan, 'keciputan' untuk mendapatkan IPG, orang motong terpaksa mengabaikan saja insentif itu. Biar tak dapat IPG daripada dapat secupak tapi rugi segantang.

Hanya pekebun yang lebih senang dan lebih kaya, memiliki kebun lebih luas daripada 5 relong hingga 100 ekar, akan terasa nikmat IPG SEKUPANG itu. IPG ini untuk orang miskin atau orang kaya?



Sent from my Samsung device

2 comments:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  2. Suami saya dan saya mempunyai kredit yang sangat buruk apabila kita mendalam kepada ahli hukum kewangan sehingga sejauh mana kita memohon kebankrapan, kita mempunyai sedikit atau tidak ada wang untuk menghantar anak perempuan kita ke emily ke kolej yang kita tidak mampu. Kami mengawal pinjaman gaji (syarikat pinjaman), yang telah membantu orang seperti kita, mendapat perubahan gadai janji. Setiap syarikat yang dihubungi kami mahu bayaran sebelumnya $ 1,000 hingga $ 2,000 yang kami tidak mampu. Kerana kami fikir kami tidak mempunyai harapan memilih untuk menjual atau kehilangan rumah anda dengan menutupnya. Kemudian saya berjumpa dengan majalah tempatan dan penutupnya ialah Perbadanan Ikatan Pinjaman. Tiga langkah utama; 1. Anda menghantar permohonan elektronik. E-mel: albakerloanfirm@gmail.com 2. Sediakan cara pengenalpastian yang betul sama ada warga negara anda memegang kad pengenalan atau lesen memandu dan maklumat akaun bank anda. 3. Pinjaman diproses, diluluskan dan dihantar. Cerita panjang dipendekkan, mereka membantu mendapatkan pinjaman pada kadar tetap 4% dan diubahsuai dengan pembayaran yang disemak semula. Mereka juga memberikan pinjaman anak-anak perempuan mereka untuk menyelesaikan gaji penuh kolej saya. Kami bekerja dengan pinjaman Lasson, yang memberi amaran kepada kami tentang kemajuan seluruh dunia. dia melakukan semua dokumen, panggilan telefon, dll. Mereka melakukan semuanya dan kami mendapat pinjaman yang kami terima. Apabila saya bersetuju dengan terma pinjaman mereka dan saya menyerahkan butiran bank saya, saya membayar harga yang berpatutan untuk perkhidmatan ini. Kita tidak akan mampu untuk mendapatkannya semudah dan berpatutan kerana melalui proses transformasi mereka dengan pengetahuan kita. Saya tidak mempunyai masa untuk mengucapkan terima kasih, jadi TERIMA KASIH! Saya tidak dapat meminta pasukan yang lebih baik. Saya dikemas kini dengan pembiayaan semula. Terbaik untuk anda, gadai janji bergerak Jika anda mempunyai masalah seperti kami, hubungi syarikat penyelesaian pinjaman. Mereka boleh bekerja. Yang ikhlas, Timothy dan Maria mengadopsi pada 15 Mac 2018 di Columbus, GA

    ReplyDelete